Assalamualaikum
Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru je cuba dari jenama Kitsui. Korang pernah dengar tak jenama ni? Sebelum Iza cerita apa khasiat yang korang boleh dapat dari produk ni, Iza cerita sikit apa tu Kitsui.
Kitsui ni sebenarnya produk keluaran syarikat Gemini Beauty Resources (M) Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh sekumpulan nutritionists. Pada asalnya mereka ni cuma buat khidmat kaunseling nutrisi untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Disebabkan produk bernutrisi ni mempunyai permintaan yang tinggi maka mereka ni berusaha untuk ke arah tu pulak. Dengan tu terciptanya produk Kitsui yang diilhamkan oleh alam semula jadi, menawarkan pelbagai jenis ekstrak dan bahan semulajadi yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk Kitsui ni bertujuan untuk menawarkan keselamatan yang paling terjamin bagi kesihatan dan kesejahteraan produk semula jadi yang berkesan, disokong pulak dengan nasihat dan maklumat terbaik.
Produk Kitsui ni ada banyak sebenarnya tapi Iza nak share dengan korang 2 yang termasuk dalam ketegori kesihatan (Health) Iza baru je cuba baru-baru ni.
KITSUI WOMAN SECRET
Dirumus dengan kacip fatimah (Labisia Pumila), manjakani (Quercus Infectoria), sirih (Betel Pepper) dan kolagen.
Antara kebaikan Woman Secret:
- Membantu mengurangkan masalah keputihan dan menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan
- Memperbaiki kitaran dan mengurangkan kesakitan haid
- Memberi tenaga dan mengurangkan sakit kepala
- Membantu mengatasi masalah kemarau
- Membantu memperbaiki sistem pertahanan dan sistem imun dalam badan
KITSUI PURARIA B-UP
Mengandungi peach, Pueraria Lobata, kacip fatimah (Labisia Pumila) dan halba (Fenugreek).
Mengandungi peach, Pueraria Lobata, kacip fatimah (Labisia Pumila) dan halba (Fenugreek).
Antara kebaikan Puraria B-Up:
- Menganjalkan payudara yang kendur dan leper
- Untuk payudara yang lebih bulat
- Peredaran darah yang lebih baik di payudara
- Membentuk semula lekuk badan terutamanya pada pinggul dan payudara
- Membantu mengimbangi saiz payudara
Cara Pengambilan Produk
Bancuhkan kedalam 150 mL air. Tak kisah korang nak guna air biasa, air suam atau air sejuk. Kalau Iza, Iza suka campurkan dalam air sejuk sebab rasa both produk ni macam smoothie sikit. So sedap nak minum bila sejuk. Tapi terpulangla pada korang. Pastikan produk betul-betul larut dalam air. Iza recommend korang guna shaker.
Untuk pengambilan produk Kitsui ni korang kena make sure minum air 2 - 3 liter 1 hari tau untuk dapatkan kesan terbaik. Kalau korang ada makan ubat dari klinik atau hospital, disarankan untuk korang jarakkan masa selama 5 jam. Kalau korang ada ambil jamu tau supplement, disarankan untuk jarakkan masa selama 2 jam. Untuk ibu mengandung atau menyusu, korang hanya boleh amalkan Kitsui lepas kandungan atau baby korang lepas 4 bulan. Korang boleh amalkan Kitsui ni lepas sarapan ataupun sebelum tidur tapi lagi better sebelum tidur sebab penyerapan waktu malam lebih tinggi. Apa-apa pun kalau korang ada masalah kesihatan lebih baik korang refer dengan doktor dulu ya sebelum ambil apa-apa produk.
Nota penting:
Korang kena ingat tau, Kitsui bukan ubat. Pengambilan Kitsui tak boleh mearawat sakit pun sebab Kitsui ni cuma makanan tambahan yang korang boleh amalkan sebab ada benefit macam yang Iza cakap kat atas tu.
Kalau korang nak cuba korang boleh check out details dekat bawah ni:
Harga
RM 38.90 (15 sachet/box)
Online / In Store
Website
Facebook
Instagram
#1 Jenama Terunggul Di Hati Pengguna
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.
* * *
(Disclaimer: All the products was given to me for review.)