Assalamualaikum.
Hari ni Iza nak share dengan korang produk terbaru rangkaian Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum. Macam yang korang tau, Safi ni adalah satu jenama yang terkenal juga dekat Malaysia dan menjadi Halal skincare No. 1 dekat Malaysia ni. Baru-baru ni Safi ada keluarkan rangkaian Safi Youth Gold which upgraded version untuk Safi Rania Gold. Fokus utamanya memang untuk masalah aging dengan formulasi yang baru tapi dengan harga yang mampu milik.
So dalam range Safi Youth Gold ada dua produk baru sebenarnya iaitu Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dan juga Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Tapi kali ni Iza nak share tentang kebaikan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.
Bila umur meningkat ni mesti kita risau tanda-tanda penuaan dekat kulit muka kita nampak kan? Iza pun selalu juga risau and mencari produk yang sesuai untuk atasi masalah tanda penuaan ni. Haaa. Kalau korang nak tau banyak benefit yang kita boleh dapat dari Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni. Ianya merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur sebanyak 50% dalam masa 15 minit je. Menarik kan? Lepas ni boleh dapatkan wajah yang lebih muda gitu.
Lagi best bila serum ni diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C dan
Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Bukan setakat tu je, Iza suka juga teksturnya yang tak terlalu berat dan semestinya tak melekit atau berminyak serta mudah meresap dan selesa pada kulit.
Selain tu juga, Safi Youth Gold diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C dan Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu:
1. Menegangkan kulit
2. Meningkatkan keanjalan
3. Mengurangkan garis halus & kedutan
4. Meningkatkan kelembapan kulit
5. Melindungi kulit dari pengoksidaan
6. Meningkatkan kehalusan kulit
7. Memperbaiki kulit rosak
Korang jangan tunggu lagi. Jom dapatkan produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pada harga RM59.00 dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser pada harga RM19.80 di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta serta secara online di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke link bawah ni:
Instagram
Facebook
Thanks for reading. Till we meet again.
Assalamualaikum.