Day 286: Review | Lipaddict That So Addicted

By Izaramli - September 24, 2018

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak review product yang Iza dapat from previous event yang Iza attend. You all can read about the event here: 


Lipaddict - a non-injectable anti-aging lip treatment that instantly moisturizes, heals and enhances your pout.



To be honest all of it is so true and this lipstick also known as lip plumper. Bibir mungil bak Kylie Jenner? Trust me, memang tak akan dapatla macam tu but you will get better than that sebab bibir korang akan lebih sihat and nampak cantik dari biasa.

Ada 12 warna kesemuanya which is:

201 - Sweet Nothings
202 - Coralista
203 - Mon Cherie
205 - Sexy Seductress
206 - Pink Princess
207 - Innocence
208 - Razzle Dazzle
209 - Candy Swirl
210 - Glamour
211 - Air Kiss
212 - Pink Sugar
213 - Jewel


Semua warna cantik-cantik belaka but please take note that this lipstick tak pigmented macam lipstick yang korang biasa pakai tu ya. Nama pun lip treatment kan? Itu tujuan utamanya.


From the event semua orang boleh bawa balik 3 warna random yang disediakan. So ini warna yang Iza dapat:

203 - Mon Cherie
207 - Innocence
213 - Jewel


203 - MON CHERIE


Warna merah terang and ada a bit gold glitter dalam lipstick ini. So bila pakai macam pakai lipgloss yang ada glitter tu. Warna ni cantik sebab warnanya lebih menyerlah. Bila pakai dekat bibir lagi nampak menyerlah sebab effect gold glitter tu especially bila kena cahaya. Kalau tengok sebenarnye tak nampak sangat pun glitter tu.


207 - INNOCENCE


Warna Innocence ni lebih soft dari Mon Cherie. Warna dia macam pastel pink gitu. Bila pakai dekat bibir pun akan nampak macam pastel jugak tapi light je. Sesuai la bagi orang yang tak sukakan warna yang terang-terang ni. Code yang ni pulak tak ada glitter.


213 - JEWEL


Untuk code Jewel ni memang suggested untuk guna sebagai treatment waktu malam. Sebab code Jewel ni colorless. Lelaki pun boleh pakai tau kalau nak buat lip treatment sendiri dekat rumah. Iza biasanya akan pakai code Jewel ni sebelum tidur untuk dapatkan bibir lagi cun esok paginya. 


INGREDIENT

Lipaddict ni hanya guna organic ingredient such as grape seed oil, apricot kernel oil, jojoba oil, avocado oil, castor oil dan aloe vera. Add on pulak dengan kebaikan hyaluronic acid, vitamin C dan vitamin E. Menjadikan Lipaddict ni lebih safe untuk guna, diaorang hanya guna mint and stevia untuk bau and rasa Lipaddict ni. So kalau termakan pun takdela risau sangat. Untuk pregnant lady or breasfeeding lady pun selamat kalau nak guna Lipaddict.


TEXTURE

Bagi texture pula bagi Iza lebih kurang sama macam lipgloss. A bit sticky and kadang-kadang boleh buat rambut terlekat dekat bibir. Sebabkan dia gunakan mint dalam ingredient dia, bila pakai rasa macam berangin je dekat bibir. Feel dia tu macam letak ubat gigi kat bibir. Lebih kurang macam tu la. Tapi bareable, takdela rasa macam sakit pun. Lepas tu bila kita lick bibir akan rasa manis-manis yang datangnya dari stevia tu.





RESULT

Untuk instant result memang Lipaddict ni buat bibir nampak penuh and sihat setiap kali pakai.  Lipaddict ni tak keringkan bibir langsung sebab dia ada hyaluronic acid yang sentiasa hydrate bibir Iza. Tapi apa yang lebih suprise lepas Iza guna Lipaddict lama. After 3 weeks of consistanly used ni yang Iza nampak pada bibir Iza.


Sebelum pakai bibir Iza nampak ada garisan-garisan halus and nampak macam tak sekata. Lepas tu nampak ada banyak wrinkles. After 3 weeks Iza pakai, Iza perasan bibir Iza dah takde dah garis-garis halus tu. Wrinkles pun nampak berkurang and bibir Iza nampak plumpier. Masa mula-mula guna Lipaddict ni, dia exfoliate bibir Iza. To be honest Iza memang tak pernah exfoliate bibir sebelum ni. Maybe sebab tu banyak kulit bibir kering yang keluar masa Iza gosok-gosok bibir bila Iza nak cuci muka.

OVERALL


Lipaddict ni memang bagus bagi Iza. Sangat membantu untuk bibir kering. Iza paling suka Lipaddict ni especially bila guna waktu malam sebelum tidur. Bangun pagi bibir licin je macam baru lepas exfoliate. Rasa mcam addicted nak pakai tiap malam. Sebab tu la nama dia pun Lipaddict. Tapi for the price a bit pricey so untuk Iza repurchase mungkin Iza akan fikir 2 3 kali.

 Anyway, kalau you all nak tau lebih lanjut tetang Lipaddict ni you all boleh click link dekat bawah ni:

Facebook - Soaddicted Malaysia
Website - www.soaddicted.com

Kalau you all nak purchase directly dekat Malaysia, you all boleh check out outlet dekat bawah ni:


Thanks for reading. Till we meet again.

Assalamualaikum.

* * *

(Disclaimer: The products was given to me by Soaddicted Malaysia for The Butterfly Project member and all are my honest review)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments